Wednesday, July 8, 2009

Parent,children,teacher....testimonial







Pelancaran SCORE A Program






PRODUK SCORE A

Laman web :www.scorea.com

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Keshido telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kenshido akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting , tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.






Fakta- fakta menarik mengenai score A ini...

1. Program Score A adalah satu program pendidikan yang menggunakan sistem internet dan juga sistem mesej ringkas ataupun sms. Program ini melibatkan tiga buah pihak iaitu portal pendidikan berdasarkan sukatan pelajaran Malaysia, pelajar dan juga ibubapa. Daripada segi cara pembelajaran, kaedah yang diterapkan di dalam pembelajaran Score A adalah sistem pembelajaran output.

2. Sistem pembelajaran output bermaksud sistem pembelajaran secara aplikasi iaitu penggunaan ilmu pengetahuan yang didapati daripada sistem pembelajaran input. Sistem pembelajaran input ialah satu sistem penerimaan ilmu seperti di sekolah dan juga pusat tuisyen. Score A boleh difahami dengan lebih mudah apabila dianggap sebagai sistem latih tubi menjawab soalan dengan menggunakan teknologi maklumat sebagai perantaraannya.

3. Segala keputusan akan disemak secara elektronik dan panduan diberikan kepada pelajar agar memahami jawapan yang betul setelah percubaan menjawab soalan dibuat. Program Score A juga telah mula menerapkan pembelajaran input dengan konsep "e-notes" yang amat berguna khususnya kepada pelajar -pelajar yang tidak menghadiri persekolahan di Malaysia contohnya pelajar yang berada di luar negara.

4. Ibubapa pula akan dihubungi dengan sistem SMS agar dikemaskini dengan pencapaian anak -anak secara mudah, cepat dan tepat. Kad laporan disediakan secara elektronik dan ibubapa boleh mengawasi mutu pembelajaran anak -anak mereka dari masa ke semasa dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak -anak tersebut. Setiap soalan yang dijawab dan juga setiap percubaan yang dilakukan akan direkodkan agar dapat memberi gambaran sebenar pembelajaran anak -anak.

5. Ibu bapa secara mudahnya dapat merujuk rekod pencapaian anak- anak di mana sahaja dengan kemudahan internet. Adalah menjadi kerisauan terhadap sikap ibubapa apabila mereka meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk mendidik anak mereka menjadi cemerlang.

6. Ada sesetengah ibubapa yang terlalu bersangka baik terhadap tahap akademik anak mereka tetapi jangkaan mereka meleset apabila menerima kad laporan akademik daripada pihak sekolah. Kad laporan yang diterima dari pihak sekolah hanya di pertengahan tahun dan akhir tahun, kadangkala sudah terlewat bagi ibubapa untuk memperbetulkan keadaan. Program Score A ini menjadi penyelesaian kepada masalah berkenaan.

7. Program Score A telah diasaskan pada tahun 1999 dan menghadapi era penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama 3 tahun. Score A memberikan fokus kepada pembelajaran daripada tahun satu sehingga tingkatan tiga kerana pendidikan secara online lebih menepati konsep jawapan objektif yang dipraktikkan di dalam sistem peperiksaan utama di Malaysia terutamanya UPSR dan PMR.

8. Score A adalah merupakan sistem pembelajaran online yang seiring dengan teknologi dunia tanpa sempadan dan merealisasikan aspirasi kerajaan bahawa "satu rumah satu komputer" yang menyedarkan faedahnya kepada masyarakat. Program Score A telah melengkapkan sistem pembelajaran di Malaysia dengan kaedah pembelajaran online yang sudah diterapkan di negara - negara maju sebelum ini.

9. Pada tahun 2002, Score A telah menlancarkan sistem pembelajarannya di sekolah - sekolah bistari di Malaysia. Sebanyak 14 sekolah-sekolah bistari telah dipilih di seluruh negara untuk menggunakan Score A. Score A telah diberikan secara percuma kepada sekolah - sekolah ini diatas tujuan menguji kerberkesanannya. Projek ini telah mendapat kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan sebagai hasil pulangannya, pihak score A mendapat hak mengumpulkan kertas - kertas soalan peperiksaan daripada sekolah - sekolah ini untuk digunakan di dalam sistemnya.

10. Program Score A juga mendapat hak untuk mengumpul kertas- kertas soalan UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Hasil daripada percubaan sistem ke atas sekolah bistari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005, 93 % pelajar - pelajar yang menggunakanya telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100% A.

11. Contoh yang terbaik ialah kejayaan seorang pelajar yang bernama Kok Chin Chung. Pelajar ini adalah merupakan pelajar yang sangat lemah dengan terbuktinya beliau gagal beberapa kertas peperiksaan. Beliau juga menduduki kelompok yang paling bawah ketika di tingkatan satu .Namun begitu, kehadirannya adalah amat cemerlang sekali. Ketika di tingkatan 2, ibubapa beliau telah melanggani program Score A dan beliau menunjukkan kemajuan yang amat memberangsangkan. Semasa di tingkatan 3, beliau sudahpun menjadi pelajar terbaik di dalam kelasnya dan berjaya memperolehi keputusan yang baik didalam peperiksaannya. Hasil daripada usahanya bersama Score A, beliau telah berjaya mendapat 8A di dalam peperiksaan PMR. Kejayaan Kok Chin Chung adalah salah satu bukti keberkesanan program Score A terhadap pelajar-pelajar di Malaysia.

12. Score A telah dipasarkan sejak pelancarannya pada tahun 2002 diperingkat permulaan tetapi secara kecil-kecilan kerana pada masa yang sama Score A juga diperingkat ujian. Akhirnya pada tahun 2006, Score A telah dipasarkan secara meluas setelah mendapat keputusan yang amat cemerlang di dalam tempoh ujikajinya. Pada Mac 2006, Score A telah dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein. Pihak kerajaan telah mengiktiraf Program Score A sebagai salah satu wadah di dalam meningkatkan taraf pendidikan pelajar- pelajar di Malaysia.

13. Pada bulan April 2006, Score A telah memulakan konsep jaringan pemasaran agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari kewujudan produk pembelajaran yang begitu hebat kepada anak - anak mereka. Di samping itu, Score A juga memberi ruang ke arah peningkatan ekonomi dengan memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas untuk menyertai program pemasaran Score A sehingga berpeluang memperolehi pendapatan sebanyak RM90 ribu dalam masa 3 bulan menyertainya. Sampaikanlah kebaikan dan kepentingan Program Score A demi agama, bangsa dan negara!

Mengenai Kenshido

Visi kenshido:

Menyediakan kejayaan terunggul bagi pemimpin hari ini dan landasan yang kukuh untuk pemimpin hari esok.

Misi Kenshido:

• Menyediakan sokongan terbaik untuk pengedar

• Memupuk dan membina kepemimpinan

• Mencapai aras tertinggi kepuasan pelanggan

Kenshido International menawarkan peluang perniagaan secara jaringan kerja yang menguntungkan kepada pengedar-pengedar yang berminat mempunyai perniagaan mereka sendiri. Sebagai sebuah syarikat yang komited dalam industri jaringan kerja, pelan bonus yang lumayan adalah direkabentuk khas untuk menjamin pulangan yang lumayan bagi masa yang anda laburkan.

Kenshido berbangga dengan tawaran peluang perniagaan yang berdaya maju dan fleksibel. Demikian juga dengan jaringan ribuan pengedar yang aktif dan bebas. Sebenarnya, Kenshido percaya bahawa kebanyakan pengedar tertarik kepada peluang perniagaan yang ditawarkan oleh Kenshido International kerana mereka boleh menyelaraskan perniagaan mereka mengikut waktu dan matlamat pendapatan mereka. Pelan "Touch and Go" adalah merupakan pelan pemasaran yang mempunyai tekanan minimum atau tanpa tekanan.

Keadaan ini dapat disahkan dengan bertambahnya bilangan pengedar yang memilih Kenshido International sebagai rakaniaga mereka.

Lesen AJL












Sejarah Kenshido

Sebagai perintis dan pemimpin dalam industri e-Pendidikan di Malaysia.
Kenshido International dahulunya dikenali sebagai Edu-2U Portal Sdn Bhd.
Telah diperbadankan dalam tahun 1999 dengan visi membina warga yang berilmu.

Pengurusan Kenshido





Mr. Jason Kuok

Pada hari ini, dia telah dianggap sebagai salah seorang daripada "networker"yang paling berjaya dan merupakan di antara pemimpin-pemimpin terkemuka bagi beberapa syarikat berasaskan "networking" yang terkenal dari A.S. selama lebih daripada 20 tahun. Kepakarannya dalam bidang pemasaran jaringan, bersama dengan pengelamannya telah terbukti sebagai asset yang sangat berguna kepada Kenshido International.

Di Kenshido, Jason menyediakan halatuju perniagaan dan mempelopori perkembangan Syarikat ini.

Sebagai juruaudit bertauliah, Jason telah mendapat pendidikan menengahnya di St. Michael's Institution di Ipoh. Beliau telah menyertai Jabatan Hasil Dalam Negeri sebaik sahaja bergelar graduan, dan dalam tahun 1985 telah berhenti untuk menyertai sebuah bank saudagar. Dalam tahun 1988, beliau meninggalkan sektor koperat dan melibatkan diri sepenuh masa dalam dunia pemasaran rangkaikerja.





Puan Norlia Ahmad

Puan Norlia telah terlibat dalam penubuhan Edu-2U Portal Sdn Bhd dan bertanggungjawab mengadakan hubungan dua-hala dengan kerajaan. Selepas menghabiskan masa selama lebih 20 tahun bekerja dengan berbagai kementerian (di antaranya, termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Puan Norlia, melalui rangkaikerja hubungannya yang luas, telah terbukti sebagai aset yang sangat berharga kepada perniagaan Syarikat ini.




Dato' Ghazali Bin Uda Omar

Dato' Ghazali merupakan seorang pendidik yang berjaya yang mempunyai lebih 39 tahun pengalaman dalam pendidikan. Beliau telah memperoleh ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of Alberta, Kanada. Malahan, beliau juga merupakan seorang siswazah dari University Melaya dengan B.A. (Hons) dan pemegang "Diploma in Higher Education Admin" dari University of London.


Penglibatannya di bidang pendidikan, Dato' Ghazali pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Bekas Pengarah Pendidikan di Melaka, Pulau Pinang dan Perak; Timbalan Pengarah Pendidikan di Pahang dan Johor, Pengetua di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz di Teluk Intan, Perak; Pengetua Sekolah Alam Shah; Penyelia Kanan Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pendidikan; Pengerusi Srurhanjaya Perkhidmatan Awam, Perak.

Dengan pengalaman dan kepakarannya yang sangat luas, Dato' Ghazali telah banyak menyumbang kepada kejayaan Syarikat ini.